Followers

Wednesday, April 18, 2012

Universal Studio Singapore!!


Assalamualaikum

Hat ni nak cerita betul-betul keseronokkan pergi USS. Seronok sampai nak pergi lagi lagi & lagik. Dah la memang aku gemar main benda-benda mencabar nih, roller coaster dia betul-betul buat jantung tercabut sat. Almost semua rides dia mencabar jiwa & raga lah. tapi yang tak bestnya kejap sangat. Que up punyalah panjang tapi naik rides tak sampai 5minit kot. Best tapi kejap sangat!! Buat kita rasa nak naik nak naik lagi!! Memang on purposed la depa buat rides tuh kejap jek, nanti orang akan datang lagi next time. Dan memang aku nak pergi lagi lepas nih, confirm!!

Walaupun kami (siapa kami??Okay yang pergi adalah aku, Liza, Ime & Qila) pergi on weekdays hari Jumaat, tapi tetap ramai orang, aku tak dapat bayangkan kalau weekends macam manalah sesaknya tempat nih. Mesti beratur jek dekat sejam, baru dapat naik rides yang tak sampai 5minit tuh. Kalau nak pergi weekends kena beli Express Pass lah, baru heaven sikit!! Dapat naik rides & tengok shows dengan tenang dan damai.

Okay sampai-sampai jek pintu depan USS, haruslah bergambar depan globe USS nih. Dah jadi tempat wajib untuk semua orang yang mai sini akan ambil gambar berlatarbelakangkan globe nih. Maybe nak kena tunjukkan "Lihatlah dunia, aku dah berjaya sampai ke USS" fuhh jauhnya USS nih dengan JB..Ha'ah mak jemah!!





Masuk USS dengan kertas A4 jek..Owh tidak-tidak, kertas tuh mahal nak dapat tuh. Walaupun print colour kat office jek, beratus dolar bayar baru boleh dapat kertas tu.



Tengok signboard dulu, cari arah mana nak pergi redah naik roller coaster. Padahal orang lain advice pergi belah kiri dulu sebab light games jek, tapi kami degil pergi belah kanan jugak. Nak pergi peningkan kepala, gigilkan lutut dulu, baru pergi bersantai ria naik games yang light-light jek.



Okay dah dapat map, haruslah bergambar dulu dengan map bukan terus bukak map dan cari tempat mana nak pergi. Eh tapi rasanya kami dapat map nih bila dah halfway kat dalam USS nih. Saje jek nak menipu letak gambar pegang map awal-awal, barulah nampak tourist sikit, sampai-sampai jek bukak map. Ha'ahhh!!




Depa orang kaya-kaya, tukar MYR--> SGD banyak wohh!! tengoklah siap tayang-tayang lagi kat aku, saja nak buat aku jeleslah tuh. Fine!! Sentap mak jemah uolsss..



Rides pertama-tama sekali yang kami naik adalah jeng jeng jeng..Transformer punya roller coaster lah!! Mula-mula lagi dah bagi kecut perut, naik yang Cylon (kaler biru) pulak tuh, confirm lah bikin jantung berhenti kejap. Memang seriau rides nih, bila dah turun pucat muka, rasa punggung tak jejak tanah. Eh memanglah tak jejak kan? Masa naik tuh memang rasa punggung tak jejak kat sit dia, sebab laju sangat roller coaster nya. Lepaih tu, naik pulak yang Human (kaler merah), nama jek human tapi tetap macam robot jugak bila naik, suka-suka dia jek nak hayun kita sana-sini.



Lepaih tuh, pergi Jurassic Park pulak. Ada apa eh kat sini, owh ada hydroelectric plant. Naik boyar besar macam kat waterworld tuh, dia bawak jalan-jalan atas air, keliling kita macam dalam hutan lah. Adalah dinosaur datang jengah-jengah kita sat. At last tuh barulah dia adegan basah-basah, kalau tak pakai raincoat memang boleh lencun jugaklah.


Ada Waterworld tapi tutup masa kami pergi tuh. Tak tahu under maintenance ke apa. Rides yang lain macam agak bosan jek, so kami tak naiklah. Nak naik yang mencabar minda jek.



Okay anak-anak dinosaur baru menetas tapi dah siap-siap pakai baju. Hebat kan!!




Far far away..Memang jauhlah. Jenuh nak pergi jumpa Shrek and Fiona tuh. Kami pergi tengok show 4D shrek, memang bestlah show tuh. Siap kerusi terangkat-angkat, kena simbah dengan air, ada spider lalu bawah kaki lah. Best sangat!! Tapi cari-cari costume shrek and fiona tak ada pulak, nak peluk-peluk bergambar dengan depa.





Nasib baik Puss ada, dapatlah peluk-peluk Puss walaupun rasanya lelaki yang dok dalam costume nih. Sebab asal perempuan yang nak ambil gambar, dia akan peluk. Kalau lelaki dia taknak peluk pulak. Haishh teruk tau Puss nih, gatai eh!! Babab nanti.




Welcome to Madagascar!! Woohoo bestnya dapat jumpa alex, gloria, ape lagi nama katun nih. Kat sini kami naik bot yang bawak kiteorang pusing dalam gua yang ada watak2 kartun nih. Menarik jugak tapi bosan sikit lah sebab aku memang suka yang adventures jek. 


Kalau nak bergambar dengan costume cartoon kat sini ke mana-mana tempat dalam USS memang kena beratur panjang dulu. Nanti pekerja USS nih snapkan gambar untuk korang. So masa nih agak malu-malu sikit sebab ramai penonton dok tengok kami bergambar, terus kaku tak tahu nak posing lagu mana. huh!! berpeluh mak jemah dibuatnya.









Masa nih tengah beratur untuk naik apa eh? Dah lupalah. Tapi memang dalam kebuluran sebab last makan masa breakfast kat jb, makan nasik kerabu sedap. Nasib baik ada bawak bekal roti dengan nips nih, dapatlah nak alas perut.



Ini memang mencabar, beratur jek lebih sejam kot semata-mata nak naik rides transformer 3D. Tapi memang berbaloi-baloi lah beratur panjang dalam kelaparan sebab rides dia memang superb!! Best sesangat, rasa nak beratur nak naik lagi. Sepanjang beratur dah macam ular berbelit-belit tuh, ada lah skrin-skrin pasal transformer nih nak bagi orang tak bosan menunggu.






Okay dah malam. Kami semua keluar dari USS dalam jam7. Lepas keluar terus carik tempat makan, kebuluran, kelaparan semua ada. Yang jumpa Malaysian Food Street, bolehlah asalkan halal untuk dimakan, masuk-masuk dalam ramai giler orang kot. Meja nak duduk makan pun tak ada, terpaksalah tunggu orang bangun. Dah tu makanan kebanyakkannya makanan cina, nasib baik ada nasik lemak. Nasi lemak ayam $4 okay, telankan jela sebab dah gigil lapau.




Dah terkeluar dari USS awal pulak, tak tahu malam ada fireworks kat dalam USS tuh. Kalau tahu memang taknak keluar langsung dari USS tuh sebab bus datang ambil balik jam9.30. So kami pun melepaklah kat luar USS tu, nampak kedai popcorn Garret nih, Liza cakap popcorn dia sedap enak lagi mahal. So nak try lah, memang mahal pung. Yang Caramel small portion pun dah $8 tau, siap ada yang barrel la bagai. 


Memang sedaplah popcorn nih tapi manis sangat-sangat. Aku memang anti-manis, so tak minat sangatlah. Just nak try jek boleh lah, nanti orang cakap, at least dah pernah rasa kan.


Sekian terima kasih!! 


haha boleh camtu? penatlah menaip banyak-banyak nih, aku dok karang ayat nih dari lunch hour tadi sampailah ke malam lepas main badminton tak habis-habis jugak. Sampai dah tak ada idea nak tulis apa dah. 

Konklusinya USS memang terbaik, superb, best!! Recommended sangat untuk pergi. Aku pun nak pergi lagi lepas nih, memang nak sangat pergi lagi. Sebab tak puas main rides dia, tak dapat tengok semua shows, tak dapat ambil gambar banyak-banyak ribu-ribu lemon, tak dapat makan kat dalam USS, apa lagi eh yang kempunan masa kat dalam USS nih??jap fikir lagi, nanti tulis balik.


Okay bye!

2 comments:

Afraliza Yusof said...

ohho..BEST!!! mahu pergi lagi...mahu pergi lagi...mahu pergi lagi...

EeYda Sue said...

jum pergi lagi..jum..jum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...