Followers

Thursday, May 10, 2012

Meredah Kota Singa


Assalamualaikum

Lanjutan daripada entry pasal masak Laksa kat rumah tu. Tengah sedap-sedap makan laksa dengan housemate, Intan & Jaja tiba-tiba Jaja ajak pergi Singapore. Boleh ajak macam tuh jek?? Aku memang suka benda yang tak plan ni, terfikir terus buat takpun terus pergi. Aku & Intan apa lagi, terus nakkkkkk onnn okayyy. Dahla masa tuh dah petang la jugak, apa lagi terus bersiap-siap, memecut laju ke Larkin.

Tiket bus dari Larkin ke Queen Land RM 1.80 kot..lupa dah


Kami plan nak pergi naik shuttle bus jek, dahla memang zero tak tau apa-apa pasal jalan kat sana. Hanya berbekalkan air liuq jek, sebab nanti kalau tak tau nak pergi mana bolehlah ramah-tamahkan mulut bertanya orang kat sana. Dari Larkin naik bus SBS Transit, kat depan bus tu tulis ke Queen Land tapi kami naik sampai checkpoint Singapore jek. Lepas tuh entah mana pergi bus tu pun tak tau. Lepas checkpoint Singapore kami dah terpinga-pinga blurr taktau nak pergi, sudahnya tanya makcik cleaner macam mana nak pergi ke Sentosa Island. Okay makcik yang baik pun bagitau macam mana nak pergi ke sana, naik bus ke Kranji then ambil MRT (macam LRT kat M'sia lah) ke Sentosa Island. 



Dah tau jalan kami pun semangatlah mulakan perjalanan meredah kota singa ni. Sampai kat Kranji, terpinga-
pinga lagi macam mana nak naik MRT dia, kat mana nak beli tiket. Apa lagi gunalah mulut yang Allah bagi untuk bertanya.



Naik bus ke station MRT Kranji 




Rupanya kat sana tak pakai tiket, ada mesin untuk beli kad dia. Just tekan station mana kita nak pergi & masukkan duit and ketungg keluarlah kad hijau yang model tuh tunjukkan tuh. Kad ini ada deposit $1.00, nanti bila dah sampai station yang kita nak pergi, bolehlah pergi ke mesin ni balik untuk dapatkan $1.00 tuh. Masa kat station ni jumpa pak guard, tanyalah dia macam mana nak pergi ke Sentosa tapi dia cakap dah petang-petang Sentosa tak ada apa-apa. So dia suggest pergi ke Raffles Place, siap bagi map MRT lagi. Bestt orang-orang kat sana sebab ramah-tamah, tanya jela confirm depa jawab dengan semangat.



Here we are. Raffles Place, ni baru keluar dari MRT station dia, barulah nampak langit yang cerah. Raffles Place ni macam kawasan pelancongan la, ramai pelancong datang jalan-jalan, ambil gambar.


Cantekk!! nak pergi lagikk!!

 Kami menghala ke tempat yang ada singa pancut air tuh




 Cantik jugak sungai dia, macam kat Melaka pulak ada cruise





 Aloh-aloh loh kong r..

Ala mucuk-mucuk keras batu


Jambatan nih nak cross ke tempat Merlion tuh. Penat jugak jalan ke sini tapi semangat punya pasal kan, redah jugak.





Ni lah Marina Bay, hotel yang bentuk kapal kat atas dia. Kat atas tuh ada swimming pool apa jadah semua ada. Cantik kalau dapat tengok view malam hari ini.


Belakang macam bentuk durian tuh, The Esplanade. Dah pernah pergi dulu tapi tak ada apa pun dalam tuh.


Hat inilah Merlion tuh singa yang boleh pancutkan air


Cantik sangat view kat sini, Merlion tuh mengadap Marina Bay & Esplanade macam in circle


Ramai sangat orang sampai susah nak ambil gambar, semua pun nak berposing dengan singa


Okay lepas dah penat + nak patah kaki jalan dekat Raffles Place. Kami dah taktau nak pergi mana dah, ikutkan pak guard tuh cakap lepas pergi Raffles Place, pergilah makan Nasi Beriyani sedap kat Farrer Park. So kami dengan kelaparan & kebuluran pergilah naik MRT ke Farrer Park. Keluar je dari MRT Station, terus terkejut, macam kejutan budaya sebab ramai sangat orang India ke Bangla ke tak sure pulak. Tapi memang ramai kaum depa kat situ, dok melepak tepi-tepi jalan. Lepas tuh memang tak nampak orang perempuan, huihh aku dekat mana nih?? Dah rasa macam pergi Bombay pulak, takut betul rasa. Terus kami patah balik masuk dalam MRT station, tanya orang kat dalam tuh. Nasib baik orang tuh tunjuk jalan yang benar ke tempat makan tuh. Rupanya dekat dengan Mustafa Center, memang kami nak pergi situ pun.



Nasi beriyani ni memang sedap, walaupun aku tak minat sangat makan nasi beriyani ini. Tapi kari dia sedap, berasa & pedas. Harga jangan cakaplah, nasi 1set ni lebih kurang $8.00 + air $2.20, so total dalam $10 lebih. Cubalah convert ke MYR, dekat RM 25.00 jugak lah, huh sebab dah lapar sangat je ni. Plus taktau nak makan kat mana yang halal & sedap.

Okay perut dah kenyang, dah ada tenaga nak berjalan balik. So pergilah berjalan-jalan dalam Mustafa Center tuh, tempat tuh macam pasaraya serba-serbi, semua benda pun ada. Memang tempat shopping lah and ramai orang, dah rasa macam kat mydin pun ada. Just jalan cuci mata jek, tak beli apa pun walaupun minyak wangi dia menarik dengan harga yang boleh tahan jugak, ada yang taklah mahal sangat.

Dalam jam 8.30 kami nak balik dah, dah tak larat kaki nak melangkah. Nasib baik Jaja mintak kawan dia tolong hantar kitaorang balik M'sia, chewahh macam jauh jek. Memanglah tak jauh tapi ambil masa jugaklah, sebab sangkut dekat Imigresen jek dekat sejam kot. Sampai ke Larkin dalam kol 11.00 camtu.

Anyway memang fun & adventures buat kerja macam nih, memang tak boleh amalkan selalu tapi syiokk!! So lepas nih dah tak ada masalah kalau tiba-tiba ada hajat dihati nak pergi Singapore secara mengejut.

Okay bye!!

Saturday, May 5, 2012

Laksa @home


Assalamualaikum

Aduss berturut-turut post pasal makanan nih. Memang ramai pulak yang tegur asyik-asyik post gambar makanan dekat Facebook. Saya tidak bersalah, tidak!! Nak buat macam mana tiap kali terasa nak check-in ke upload photo ke update status ke, masa tu mesti tengah makan tak pun aktiviti yang terkini adalah makan & makan. Cess!! Memang sangat bersemangat untuk diet sekarang nih tapi hampa.

So lets forget about DIET!! Sebab nak post entry pasal makanan lagi nih, memang teruk!! Begini, ada haritu bawak balik laksa dari Melaka ke JB, angah yang buat. Intan kemain suka, siap teringat-ingat la teringin nak buatlah. Okay fine kita buat ye, tu yang planning dengan Intan nak buat laksa masa cuti Labour Day. Kebetulan pulak kak shuk ada lagi masa tuh, so bolehlah bagi depa makan. Ini memang 1st time & baru nak belajar buat laksa.



Tak tahu nak cakap ni laksa apa sebenarnya, sebab dia combination laksa penang & laksa johor. Kalau tengok kuah macam laksa johor kan, kalau tengok mee pulak kami guna mee laksa penang. So, namanya laksa bukit kempas.ahaks!! Sebab laksa ni dibuat kat bukit kempas, rumah kami walaupun resipi asalnya datang dari Melaka bandaraya bersejarah. 



Masa 1st time makan kat rumah angah,aku pun rasa macam pelik tapi sedap. Rasa laksa nih pelik tapi slurpp sedap best. Macam mana nak cakap tak tahu lah, kena rasa sendiri kot. Takpe nanti aku bukak kedai laksa depan rumah, haihh macam-macam nak jual depan rumah. 



Sambal belacan macam tak berapa nak menjadi sebab kami blend guna blender basah bukan blender kering tuh. Sepatutnya kena guna blender kering sebab nanti sambalnya tak berair. Tapi rasanya menjadi la jugak. Okaylah untuk 1st time masak kan.




Otak-otak kempas ni aku beli mentah-mentah dari kilang buat otak-otak. Sedap sangat, lagi tambah sedap bila bakar sendiri dekat rumah kan. Harga pun murah dari makan dekat kedai yang dah siap bakar tuh, jauh sangat beza harganya. Memang lepas nih kalau teringin nak makan otak-otak, pergi beli dekat kilang jela, tak payah makan dekat kedai dah.

Okay bye!!

Steamboat @home


Assalamualaikum

Aktiviti membina lemak memang sangat seronok & beronok-ronok. Alang-alang kak shuk ada nih, kami plan nak makan steamboat lah tapi yang homemade punya. Nak jugak feel makan steamboat kat rumah sendiri, boleh makan sebanyak yang boleh sambil gosip-gosipan, ketawa mengilai-ngilai & tersandar kekenyangan. Memang syioklah feeling tuh sebab kalau kat kedai makan, kena control sikit kan. Tak boleh nak ketawa ngilai-ngilai, nanti orang pandang sambil cakap dalam hati "eh puntianak pun singgah makan kat sini ke". Tak boleh nak tersandar kekenyangan, lepas tuh sambung makan balik sebab malu perut macam tong sampah pun still nak sumbat makanan lagi.



Homemade tomyam okay, serahkan pada yang pakar. Des memang expert buat tomyam, so bagi dia buat sedap-sedap. Memang slurpp pedas menyengat tomyam nih.





Sedapnyer!! Telan air liuq tengok kerang & kupang nih.




Makan steamboat nih untuk dua hari kot. Ahad petang & malam, lepas tuh sambung makan lagi Isnin tengahari. Syok sangat sampai 2hari berturut-turut makan benda nih.

Okay bye!!

Bila Kak Shuk datang JB


Assalamualaikum


Sempena kak shuk datang jalan-jalan kat JB nih, kami satu rumah meraikan kedatangan kak shuk & kak nad. Memang dah lama rasanya tak jumpa kak shuk, bergosip-gosipan, melayan karenah kak shuk yang gedik dan perasan, kenakan kak shuk habis-habisan. Sabtu tu memang aku dah plan nak pergi wedding Fiqa, my officemate kat Pasir Gudang, so angkutlah semua yang ada kat rumah tu pergi. 



Rombongan mak jemah uolss!! Tengok muka kaki gosip je semua nih.



Afiqah & Fauzan
Selamat Pengantin Baru untuk korang berdua. 
Semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.



Lepas dah kenyang makan nasik minyak wedding Fiqa, kami nak pergi tengok wayang la cerita The Avengers tuh. Pergi ke JJ Tebrau tapi ramai giler orang & tengok sit tak best pulak. So, decide pergi wayang kat CS, tapi cerita tu tak berapa nak best sangatlah busan dan slow.

Dah tengok wayang perut dah lapaq balik lah, so pergi melantak satay Wak Radol kat tepi highway pasir gudang pulak. Dah kenyang balik rumah tidoq lah apa lagi kan, menternak lemak sebanyak yang boleh.huh!!

Ok bye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...