Followers

Thursday, December 29, 2011

Terbang melayang


Apa lagi yang best terbang melayang-layang kalau bukan DUIT
Huh syiok woh dapat melayang-layangkan duit bagi pada orang
Berpinar-pinar mata
Menggegel-gegel tangan
Terketar-ketar jari
Terhenjut-henjut bahu
Aahhhhh over okay!!




Nah ni lah dia robot yang suka perabih duit aku. Manja sangat nih, semua nak minta tukar. Belum pakai seploh tahun lagi, boleh pensan aku layankan robot ni. Balik melaka haritu minta tukar bateri, hat ni minta tukarkan tayar pulak. Siap aku bagi pakej sekali, pasang sticker pada bonet depan. Tapi itu pun untuk menutup segala kecacatan robot ni jek, dah teruk cat tertanggal berlubang-lubang. 

Dah jangan buat hal eh sayang mucuk-mucuk, nak pakai kamu sampai reput nih. 


Monday, December 12, 2011

Seram den


Alamak aii..ni den lomah ni. Ingatkan aku je yang dengar tak pun berkhayal tak pun memang ada orang nangis masa tu. Bila buka je cerita hantu ni, terus seram naik bulu roma den. Baik-baik aku dah fikir yang memang ada orang nangis putus cinta masa tu, tiba-tiba opismate dok buka cerita ada orang nampak tutttt. Tuttt tula yang rambut panjang gerbang, pakai sut putih kotor-kotor sikit ada tanah, dok bertenggek dalam opis. wuarghhhh terus terdiam kelu. Apakah yang aku dengar jumaat lepas?? misteri nusantara betul. Memang opismate ni nampak benda tu bertenggek dalam opis, siap kacau-kacau dia lagi. Lepas dengar satu cerita, orang lain pulak buka cerita lain, kat surau pun ada. Alahai lemah lutot.

Huh!! nak pergi mana pun dah seram sekarang. Nak lalu tangga memang tak lah lepas ni, nak naik lif sorang-sorang pun baca doa banyak-banyak, nak pergi toilet pun check-check dulu, nak pergi surau pun ajak orang teman. Hadoi payah gini!!

Sunday, December 11, 2011

Pelik tapi sedap

Haa nak cerita sikit pasal makanan ni. Kalau cakap dekat kawan-kawan aku musti depa usha pelik. Memang la pelik sikit tapi sedaapp. 

Ni lah dia roti canai cicah asam pedassss. Perrghhhh memang slurppp lah. Roti canai tu tak kisah la nak roti kosong ke, roti telur ke, roti sardin ke, janji cicah dengan kuah asam pedas nih. Kalau tengah lapau, buleh belasah 2-3 keping. 

Bila duduk jb sekarang ni, selalu je mengidam nak makan roti canai cicah asam pedas tapi hampa. Memang tak tahu nak cari kat mana or memang takde ke? Yang ada tula roti canai mamak, diulang MAMAK!! huh busan sungguh, dah la tak jumpa kuah asam pedas, kuah dal ke kuah kari ke semua aku tak buleh telan. Tersiksa perutku.



Kalau balik melaka, memang wajib pergi melantak roti canai ni berkeping-keping sampai nak buat stok balik jb tapi simpan dalam perut. Buleh camtu?? hihik!!



Hat ni aku order asam pedas ikan pari, pekena dengan roti telur memang best tak terkata. Senyap tunduk je makan. Ada orang memang tak boleh masuk sangat makan roti canai dengan asam pedas ni. Yang tu aku tak boleh buat apa lah, dah tekak dieorang kan. Tapi aku memang hantu makan benda nih.

Friday, December 9, 2011

Berjimba @Sg.Melaka


Keseronokan berjimba bersambung lagi di Sg Melaka pula. Kali ni kami naik bot pusin sg.melaka Ni pun dah jadi aktiviti wajib kalau orang datang melaka, musti nak naik bot. Aku dah tak ingat yang ni kali ke berapa puluh aku naik bot ni. Jenuh jugak laa tiap kali orang datang melaka, aku pun kena naik bot sama. Nasib baik belum hafal lagi kaset pemandu pelancong tu.



Ramai betul orang kerumun kat situ, rupanya ada event by Uitm student. Entah apa ada dikir barat la, silat gayung la, eh?? Dah rasa macam kat pasar malam pun ada.





Ramai pelancong dari singapore kot. Cina apek tua-tua je yang naik bot tu. Eh yang ni apek sabah sesat kot..hihik!!


Layan perasaan ni..pantang naik bot ni sure nak layan emosi.hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...