Followers

Saturday, January 14, 2012

I need that

I need extraordinary strength to face the people
I need shoulder to cry on
I need patience to live my life
I need pills so that i won't wake up anymore
I need energy to make people understand
I need miracle to gain the happiness


Its easy to say, easy to judge but hard for me to bear

Sunday, January 1, 2012

Nasi goreng sardin

Ehhhhhhh!!!!
Orang lain dok sibuk wish happy new year kt fb, blog, bla bla bla..
Dok sibuk nak bagitau ape azam baru tahun 2012.
Kau sibuk nak upload pasal makanan tak habis-habis la ida!!
Inilah kenyataan dan realitinya.
Aku memang takde azam tahun baru.
Sebab tahun lepas pun aku tak sure aku ada azam ke tak. Sadis!!


Entry pertama tahun 2012...Nasi goreng sardin. Terukk!!! Pedulik ape!!




Dan sebenarnya tahun lepas lagi dah buat entry nih, tapi separuh jalan sebab hilang mood nak sambung. Terus saved untuk entry pertama tahun 2012. Sebab takut nanti aku takde modal nak tulis apa untuk 01.01.2012.


Nak cerita nasi goreng sardin ni dah jadi makanan favret aku sekarang, walaupun nak dapat makan just bila datang rumah my sis @Sepang jek. Jangan haraplah nak jumpa menu ni kat kedai-kedai luar.






Walaupun nasi goreng nya nampak gonjeng, biasa jek dan tak menarik pung. Tapi, dan sebenarnya rasa dia yang menjadi pujaan hatiku. Arghhhh over okay!! Sebab sardin adalah favretku, tak kira masak apapun. Kalau mak masak sardin asam pedas lagi menjilat jari kaki..opsss!!


p/s: Eh tetiba rasa nak wish HAPPY NEW YEAR 2012 jugak laa.

Thursday, December 29, 2011

Terbang melayang


Apa lagi yang best terbang melayang-layang kalau bukan DUIT
Huh syiok woh dapat melayang-layangkan duit bagi pada orang
Berpinar-pinar mata
Menggegel-gegel tangan
Terketar-ketar jari
Terhenjut-henjut bahu
Aahhhhh over okay!!




Nah ni lah dia robot yang suka perabih duit aku. Manja sangat nih, semua nak minta tukar. Belum pakai seploh tahun lagi, boleh pensan aku layankan robot ni. Balik melaka haritu minta tukar bateri, hat ni minta tukarkan tayar pulak. Siap aku bagi pakej sekali, pasang sticker pada bonet depan. Tapi itu pun untuk menutup segala kecacatan robot ni jek, dah teruk cat tertanggal berlubang-lubang. 

Dah jangan buat hal eh sayang mucuk-mucuk, nak pakai kamu sampai reput nih. 


Monday, December 12, 2011

Seram den


Alamak aii..ni den lomah ni. Ingatkan aku je yang dengar tak pun berkhayal tak pun memang ada orang nangis masa tu. Bila buka je cerita hantu ni, terus seram naik bulu roma den. Baik-baik aku dah fikir yang memang ada orang nangis putus cinta masa tu, tiba-tiba opismate dok buka cerita ada orang nampak tutttt. Tuttt tula yang rambut panjang gerbang, pakai sut putih kotor-kotor sikit ada tanah, dok bertenggek dalam opis. wuarghhhh terus terdiam kelu. Apakah yang aku dengar jumaat lepas?? misteri nusantara betul. Memang opismate ni nampak benda tu bertenggek dalam opis, siap kacau-kacau dia lagi. Lepas dengar satu cerita, orang lain pulak buka cerita lain, kat surau pun ada. Alahai lemah lutot.

Huh!! nak pergi mana pun dah seram sekarang. Nak lalu tangga memang tak lah lepas ni, nak naik lif sorang-sorang pun baca doa banyak-banyak, nak pergi toilet pun check-check dulu, nak pergi surau pun ajak orang teman. Hadoi payah gini!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...