Followers

Sunday, September 11, 2011

Mari berKonVoi

Tiap tahun ni lah aktiviti yang wajib buat dan paling seronok sekali. Bukan KMJ (Kembara Mahkota Johor) je yang buleh buat konvoi mereka, kami pun nak jugak buat konvoi sendiri. Tapi konvoi kami ada sekali setahun saja, masa raya lah yang paling best kan. Sebab sambil beraya, dapat melantak makan banyak2 setiap rumah. Arghh tu lah aktiviti paling seronok, dapat gemukkan badan balik lepas dah penat diet masa puasa kan. cessss!!

Walaupun konvoi raya tahun ni tak ramai yang dapat join tapi tetap meriah, macam "Class kau Jah!!" punya iklan. Dapat jugak gather kan 5orang gegurls dan 5orang boboys. Oppss gegurls & boboys ke?? masing2 dah tahap buleh jadi mak bapak orang dah.



Rumah pertama yang kami redah. Janji berkumpul jam10 tapi macam biasalah janji melayu tetap melayu. Jam10 jadi jam11 baru sampai. Hadoii..Ni kat rumah Ikram

 Rumah cikgu ummi. rumah kedua, dapat makan bihun goreng.

Rumah ketiga a.k.a. majlis bertunang kawan kami, Aishah. So dapatlah makan yang sedap2 sket.

Rumah ke-4, rumah Faezi a.k.a. mondok!! Dapat makan kueh raya dan kueh raya dan kueh raya. Eh

Senyum je keram. Senang hati dapat jumpa kawan2 semua kan.


Syok sangat berborak ni. Eh borak ke gosip nih. Macam pelik je kalau borak muka kerut2. Ni mesti gosip hangat nih. ahakss 

 Toleh ape tu cikgu munirah

Cover hensem je mamat nih. Mat Cool la katakan. 

 Hazwan a.k.a Wak memang penganjur tetap untuk program konvoi nih. 

 Rumah cikgu munira. Dapat makan laksa penang, yeehaww best!!

Rumah Wak. Dapat makan kueh raya dan kueh raya dan kueh raya 


Yeszaa rumah nih tiap tahun wajib pergi. Rumah cikgu kesayangan, Cikgu Azman. Guru kelas kami masa Form 4 & Form 5. And tiap kali pergi musti kena soal siasat sorang2, tanya sekarang buat apa, kerja apa, bla bla bla...dan musti dapat makan walaupun masa kami datang cikgu tengah tidur.

Rumah Nisa. Dapat makan kueh raya dan kueh raya dan kueh raya 

Rumah Anas. Ada kueh raya tapi dah tak larat nak makan dah. Minum air jela.

Sekian berakhir konvoi raya 2011 kami. Harap2 dapatlah berkumpul lagi macam nih setiap tahun. Kalau dapat jumpa macam nih barulah dapat tau update mereka2 semua. Ada yang nak tunang la, nak kawen la. Sape2 yang tak join tu ketinggalan lah update2 terbaru tentang kawan2. Kan rugi macam tuh. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...