Followers

Sunday, October 9, 2011

E.M.P.T.Y


Lama sudah tak hapdet lawang (laman sesawang..sape tengok cerita Asmara Pontianak K-Pop tau) aku nih.  Line internet kat bilik baru nih memang menguji tahap kesabaran betul lah. Rasa nak hempuk-hempuk (nak hempuk apa heh?), bukan salah berukband ni, bukan jua salah daku. Tapi salah bilik nih yang terlalu tertutup sampai orang kuning digi tu tak buleh nak masuk. Line nya ala-ala nyawa ikan gitu, ala kadar untuk lepas main fb jek. 

New life, new work, new room, new road to go to work, new building, new environment, bla bla bla..Dah seminggu mulakan kerja baru di tempat baru. Tapi baru kerja seminggu dah MC 2hari haishh rosak record macam nih. Demam melanda tiba-tiba jek, tak bagi warning apa-apa pun. Sampai sekarang pun still tak baik lagi demamnya, demam rindu dengan rumah kot, rindu dekat mak. Rindu suasana dekat rumah. Dekat sini rasa kosong sangat, entah kenapa. Kadang-kadang rasa sayu, sedih, dulu kat rumah tak rasa pun macam nih, walaupun duduk sensorang je dalam bilik tuh. Macam kat sini jugak, sensorang dalam bilik. Tapi terasa jauh dengan semua orang. Emosi lebeh la kau ida!!

Kalau kat rumah mesti mak tanya demam dah baik tak, letak tangan kat kepala. huhuhu syahdu!!! Kat sini letaklah tangan sendiri kat kepala sendiri. Sadis siot!! sudah sudah sudah!! (nanti meleleh je air mata nih)

------------------------------------------------

Pasal kerja baru pulak lah. Baru tak emosi lebeh-lebeh kan. Setakat baru seminggu tak buleh nak describe lebih2 kerja tu best ke tak kan. Nanti sekarang kata best, tiba-tiba nanti ada je benda yang buat spoil. So buleh describe kerja OK lah. Bos ok, officemate pun ok, environment pun ok, just belum betul-betul memahami procedure kerjanya lagi lah. Tapi yang menakutkan, orang disitu terlalu mengharapkan pada QS sorang nih, harap maklum aku nih serba-serbi tak tahu, especially kerja on-site. Experience kerja on-site kurang sangat, jadi cuak pulak bila depa bergantung pada aku sangat. 

Yang seronoknya, dapat jalan-jalan ke site. Sebab kerja dulu jangan haraplah dapat keluar dari office kalau bukan pergi makan, makan, makan. Eh banyaknya makan. Kantoi!! Bos memang galakkan keluar pergi site, belajar kerja-kerja on-site. Bagi terbuka sikit fikiran nih. Walaupun tak faham apa jadahnya benda-benda letrik nih, tapi buat-buat faham jelah. Malulah!! 


Sekian bebelan kosong dikala sayu. Perghh idea tadek, idea hilang tah kemana!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...