Followers

Wednesday, December 7, 2011

Berjimba @Sunset


Kali ni balik melaka bawa 2orang tetamu istimewa, Intan & Mansur..ecehh istimewa la sangat kan. Macam tak biasa lak dieorang nih. Hari-hari dok ngadap muka korang gak. ahakss!!

Sampai pun dah petang, syok kalau melepak kat tepi pantai petang-petang camni kan. Pekena pulak Coconut Shake klebang, perghh memang slurrppp lah!! Intan kemain lagi, dari nak share je coconut shake tu, terus tukaq nak minum sensorang. Memang bestttt coconut shake die, perghhh sedap je sedut pastu kunyah-kunyah isi kelapa yang di blended tuh. Kecur-kecur air liuq sambil taip [ehh meleleh atas keyboard pulak.haishh]. Mau tak meleleh, cuba anda bayangkan, isi kelapa hingus tu di campur dengan air kelapa muda, eskrem vanilla dan ais. zreeeettttttttt bunyi blender tersebut. Kemudian, zruutttttt anda sedut masuk ke tekak, fuhhh sejuk je rasa perut..hihihi!!!



Alamak lupa pulak nak ambil gambar coconut shake tu, kalau ade buleh bikin leleh air liuq lagi nih. Time weekend kedai nih memang ramai orang, jalan sampai jem sebab kete parking tepi-tepi jalan. Kedai yang ni untuk tapau coconut shake jek, ada lagi kedai kat dalam sket untuk minum plak. Dah la harganya pun murah, RM 2.20 je untuk coconut shake special, memang berbaloi-baloi lah. Kemain panjang kena beratur nak beli coconut shake jek, bukan nak beli tiket wayang je kena beratur panjang-panjang.



Kami tapau je coconut shake tu, then minum kat tepi Pantai Puteri sambil menikmati sunset yang sangatlah cantep. Bahagia rasanya hidup nih dapat nikmati suasana tepi pantai petang-petang. 




Auuwwww jejaka sepi



Mula dah!! Aktiviti wajib kalau jumpa sunset tepi pantai, apa lagi kalau bukan posing lompat-lompat. Berlatarbelakangkan sunset yang sipi-sipi dah nak habis, kami redah jugak melompat keriangan..hihi syiokk uhh!!



Yeeehhaaaawww flying without wing









Okay. ada orang terlebih kuat disitu.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...