Followers

Monday, October 31, 2011

Barbeque vs B***kau


Ni entry bengang vs bangang. hakhak!! Macam sensored je tajuk entry nih ish ish ish. pheeewww!! Lama dok tenung tajuk entry tu, dalam hati berkata-kata. Buleh ke tak nih, macam tak elok jek, nanti orang yang baca kata apa pulak. Susah lah hidup kalau nak fikir apa orang akan kata, buat apa pun orang akan kata. Buat baik pun kata, buat jahat pun kata. Emosi!! Emosi!!

Ini semua emosi lantaran kes kena halau masa tengah berpiknik haritu. Masuk pantai pun kena bayar?? what the fish!! eh pantai tu engkau buat ke? pasir, air laut tu engkau beli ke? bukan engkau pun pinjam ke. Adeii!! Ok fine, bayaran tuh untuk parking kereta yang sangat "cantik" atas batu-batu, lecak-lecak. Memang teruk lah!! 

Tak cukup dengan emosi pasal tuh. Kejap-kejap guard datang tanya nak bermalam ke tak, "kalau bermalam dah kira lain nih, satu kepala rm10.00". Umang aiiii. Kalau nak bermalam baik aku check in masuk resort terus, apa kes nak tido atas pasir pulak. Datang lagi guard lain pulak "dah siap kemas belum??" teriak lagi dengan suara menghalau pulak. Baiklah kami mengundurkan diri sebelum kena halau macam anjing plak. Baiklah aku takkan datang sini lagi. Sungguh menyesal. Maybe timing kami tak kena dengan rules kat situ. Sebab tak pernah lagi pergi pantai ada rules macam tuh. Ingat tempat tu 5star sangat ke. huh!! bikin panas lah!!

----------------------------------------------

Okay dah puas lepaskan amarah dekat rules pantai tersebut. Nak story pasal bbq kami haritu lah. Baru seronok sket nak story mory. Set tempat bakar bbq tu mansur bawa, so senang sket nak membakar, tak lah kena cari batu & jaring untuk buat tempat bakar. Kami yang gegirls buat bahan makanan untuk dibakar i.e. ayam, hotdog, ikan, etc. 



Semangat Des & Mansur nak hidupkan api pada arang. Ni orang-orang kuat di sebalik tabir aktiviti bakar-membakar. Kami just duduk-makan-tunggu-makan-tunggu-makan. Teruk betul lah!!



Okay ni sangat kesian.Nak pasang lampu untuk suluh tempat bakar tu sampai kena panjat-memanjat. Tempatnya gelap gulita, nasib baik ada bawa lampu sendiri. Makan pun dalam gelap, main bedal je ayam hangus ke hitam ke, belasah!! Janji sedaaappp..



Nyummmmyy. Terliuq tengok ayam tu. 



Penuh satu tikar yang tak berapa nak besar tu. Tapi besttt!!



Sorang tukang bakar sorang lagi tukang suluh. Adeiii sadis!!








p/s: next time kita pergi pantai yang tak ada rules lah ye. Serik sungguh!!

Desaru


Rindu nak melepak dekat pantai berangin sempoi-sempoi bahasa. Kalau melaka banyak pantai yang buleh pergi dekat-dekat jek. Tapi johor susah, nak cari pantai menarik yang ada pasir putih tepi pantai kenalah pergi jauh sket ke Desaru, Mersing..mana lagi?? aku tak tahu sangat.hihi!! So, desaru lah destinasi yang paling dekat dengan johor bahru nih. 


Memang syiook dapat lepak-lepak tepi pantai sambil chit-chat a.k.a gossiping dengan bff sekalian. Bentang tikar mengkuang, eh salah tikar plastik jek yang muat-muat letak punggung besar kami berempat. Bila tambah jejaka J lagi tiga orang dah tak muat & terpaksa kecikkan punggung masing-masing. Makan bekalan piknik iaitu bihun goreng tak sedap yang aku masak, aku masak okay. Sebab tula tak sedap, huh stresssss!! 


Bila perut dah kenyang makan bihun tak sedap tadi, baru lah pergi jalan-jalan ke pantai sambil bawak camera yang dah sebulan tak sentuh simpan elok-elok bawah katil. Konon-konon nak ambil gambar hebat macam pro photog. Adeiii tapi kecundang sebab bakat memang dah sah takde, dah tu skill pulak dah tumpul. Setting dah lupe, memang sengal minta penampo kau nih kan. 


Dah lah penat perah idea tulis ayat tiga perenggan kat atas ni. huh!! peluh2 ketiak nih!! Dah layan gambar jela..


















Thursday, October 27, 2011

Kecik Hati


Kopipes dari facebook wallpost. Menarik benda nih. Since drama-drama kecik kan hati sendiri memang selalu berlaku pada aku. Dan drama-drama bercerita perihal terkecik hati dekat orang lain pun berlaku sama. Agak tersentap dengan penerangan ni. 

-------------------------------------------------------------

~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati~

> I'm so confused <
Kenapa orang yang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??
Then I asked my dad what's that mean.

Ayah : Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~
Anak : Uikk...Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah : Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak : *blur (>,<)
Ayah : Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak : Oooooo...Ook..
Ayah : Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. " Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. " Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..." jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak : * termakan cili..hee(",)

~ So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati..
~ Maknanya kita tak redha dengan Allah...
~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita..Na'uzubillah..

> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah Astagfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T. telah menutup aib dan kelemahan kami."

----------------------------------------------------------

Kesahihannya Wallahualam..hanya Allah Maha Mengetahui..
Renung-renungkan & Selamat Beramal..=)


Tuesday, October 25, 2011

Cinta Muka Bulu..Berbulu mokcik dengarnya!!


Macam-macam lah.Daripada lagu cinta muka buku, orang lain tukar jadi cinta buku lima lah, hat ni pulak cinta muka bulu. eeewwwww geli dengar. Sangat annoying. Entah hape-hape depa nih, dah tak ada kerja agaknya. Mengarut merapu jek. Lepas tu jadi ikutan budak-budak kecik yang tak tahu apa-apa tuh. Seronok budak2 tu nyanyi, kita yang dengar plak berbulu (eh!! terikut pulak..tengok!!). 

Kreativiti dah mencurah-curah agaknya, tu yang suka sangat dok ubah-ubah lagu ciptaan orang lain. Kan bagus kalau seni-seni tu digunakan untuk pelajaran ke pekerjaan ke. Adalah transformasi sikit. haishhh!! (emosi2!!)


Monday, October 10, 2011

Emosi terlebeh


Awkward feeling..
Unreasonable thinking..
Under pressure..
Uncomfortable environment..
Pathetic me.. 

-------------------------------------------

Sedang emosi terganggu, tiba-tiba layan lagu ni berkali-kali. 
Tak ingat dah berapa kali lagu ni berputar. 
Dan berputar-putar dalam kepala sebab irama yang mendayu-dayu.


Sunday, October 9, 2011

E.M.P.T.Y


Lama sudah tak hapdet lawang (laman sesawang..sape tengok cerita Asmara Pontianak K-Pop tau) aku nih.  Line internet kat bilik baru nih memang menguji tahap kesabaran betul lah. Rasa nak hempuk-hempuk (nak hempuk apa heh?), bukan salah berukband ni, bukan jua salah daku. Tapi salah bilik nih yang terlalu tertutup sampai orang kuning digi tu tak buleh nak masuk. Line nya ala-ala nyawa ikan gitu, ala kadar untuk lepas main fb jek. 

New life, new work, new room, new road to go to work, new building, new environment, bla bla bla..Dah seminggu mulakan kerja baru di tempat baru. Tapi baru kerja seminggu dah MC 2hari haishh rosak record macam nih. Demam melanda tiba-tiba jek, tak bagi warning apa-apa pun. Sampai sekarang pun still tak baik lagi demamnya, demam rindu dengan rumah kot, rindu dekat mak. Rindu suasana dekat rumah. Dekat sini rasa kosong sangat, entah kenapa. Kadang-kadang rasa sayu, sedih, dulu kat rumah tak rasa pun macam nih, walaupun duduk sensorang je dalam bilik tuh. Macam kat sini jugak, sensorang dalam bilik. Tapi terasa jauh dengan semua orang. Emosi lebeh la kau ida!!

Kalau kat rumah mesti mak tanya demam dah baik tak, letak tangan kat kepala. huhuhu syahdu!!! Kat sini letaklah tangan sendiri kat kepala sendiri. Sadis siot!! sudah sudah sudah!! (nanti meleleh je air mata nih)

------------------------------------------------

Pasal kerja baru pulak lah. Baru tak emosi lebeh-lebeh kan. Setakat baru seminggu tak buleh nak describe lebih2 kerja tu best ke tak kan. Nanti sekarang kata best, tiba-tiba nanti ada je benda yang buat spoil. So buleh describe kerja OK lah. Bos ok, officemate pun ok, environment pun ok, just belum betul-betul memahami procedure kerjanya lagi lah. Tapi yang menakutkan, orang disitu terlalu mengharapkan pada QS sorang nih, harap maklum aku nih serba-serbi tak tahu, especially kerja on-site. Experience kerja on-site kurang sangat, jadi cuak pulak bila depa bergantung pada aku sangat. 

Yang seronoknya, dapat jalan-jalan ke site. Sebab kerja dulu jangan haraplah dapat keluar dari office kalau bukan pergi makan, makan, makan. Eh banyaknya makan. Kantoi!! Bos memang galakkan keluar pergi site, belajar kerja-kerja on-site. Bagi terbuka sikit fikiran nih. Walaupun tak faham apa jadahnya benda-benda letrik nih, tapi buat-buat faham jelah. Malulah!! 


Sekian bebelan kosong dikala sayu. Perghh idea tadek, idea hilang tah kemana!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...