Followers

Sunday, December 11, 2011

Pelik tapi sedap

Haa nak cerita sikit pasal makanan ni. Kalau cakap dekat kawan-kawan aku musti depa usha pelik. Memang la pelik sikit tapi sedaapp. 

Ni lah dia roti canai cicah asam pedassss. Perrghhhh memang slurppp lah. Roti canai tu tak kisah la nak roti kosong ke, roti telur ke, roti sardin ke, janji cicah dengan kuah asam pedas nih. Kalau tengah lapau, buleh belasah 2-3 keping. 

Bila duduk jb sekarang ni, selalu je mengidam nak makan roti canai cicah asam pedas tapi hampa. Memang tak tahu nak cari kat mana or memang takde ke? Yang ada tula roti canai mamak, diulang MAMAK!! huh busan sungguh, dah la tak jumpa kuah asam pedas, kuah dal ke kuah kari ke semua aku tak buleh telan. Tersiksa perutku.



Kalau balik melaka, memang wajib pergi melantak roti canai ni berkeping-keping sampai nak buat stok balik jb tapi simpan dalam perut. Buleh camtu?? hihik!!



Hat ni aku order asam pedas ikan pari, pekena dengan roti telur memang best tak terkata. Senyap tunduk je makan. Ada orang memang tak boleh masuk sangat makan roti canai dengan asam pedas ni. Yang tu aku tak boleh buat apa lah, dah tekak dieorang kan. Tapi aku memang hantu makan benda nih.

7 comments:

zdm said...

x pelik pon??
huhu

zdm said...

eh tpakai akaun chep pulok

EeYda Sue said...

utk kita xpelik laa..
org lain usha pelik..

alina neko said...

ala, dok melake ari tu x try....... T_T

EeYda Sue said...

xpe nti p melaka lg,try laa..

Hasrina said...

u...i dok melaka dekat 3 thn u tak bawak pun p makan. xmoh kawan

EeYda Sue said...

alamak i lupe kot nak bwk ke sini..hehe mai2 dtg mlka lg..t i bwk ye..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...