Followers

Tuesday, December 6, 2011

Wedding @ Melaka


Ayat pembuka kata macam yang dekat Entry ni jela ye..Malas nak taip banyak kali..hihihi 
Sambungan cerita wedding dari last entry, kali ni wedding @ Melaka pulak. Sorang kawan sekolah & sorang lagi kawan tempat keje sebelum ni. Dua2 pun wajib pergi.huh!!


Just kali ni nak pergi wedding punya la mencabar. Macam last 2week pergi wedding @ Mersing, kena redah hutan, bukit, gunung-ganang bagai. Tapi kali ni kena redah dugaan kete rosak pulak. Patutlah hati rasa tak sedap je hari sebelumnya. Alhamdullillah just bateri kete yang weak, sampai melaka terus tukar bateri baru. Pengalaman demi pengalaman. Satu per satu dugaan. Alhamdullillah aku bersyukur. Pengalaman mendewasakan.

Syukur dapat sampai Melaka dengan selamat walaupun lambat sikit pergi wedding. 


Wedding AISHAH & LUXMAN


Mula-mula pergi wedding kawan sekolah kat Pulai. Sampai-sampai majlis dah nak habis pun, dah tak ramai orang. Kami yang tersipu-sipu malu nak makan, orang lain dok tengok jek. haishhh tak dapat nak melantak makan nasi minyak banyak-banyak. Kenalah berlakon sopan-santun-mantun, makan pun sikit jek ala-ala diet giteww.


Wedding LIYANA & HELMI


Ni kawan tempat kerja lama. Sampai-sampai tengok pengantin karok, ecehh karok lagu sehati sejiwa giteww..hikhik!! Pengantin perempuan malu-malu tucin, suara pun macam tanak keluar jek, pengantin laki sempoi. Dapat dengar suara jiwang mereka.



  Pengantin nak keluar pergi outdoor photography dah. Tak sempat nak borak lama-lama, gosip-gosipan haishhh!! Cantek nye Liya. Gaun tu pun cantep!!



Lalalala suka hati..lalalala suka dapat door gift..


Anyway, buat pasangan pengantin baru Aishah&Luxman n Liyana&Helmi semoga korang bahagia hingga ke akhir hayat, selamat melalui alam perkahwinan & cepat-cepat dapat baby banyak-banyak.


2 comments:

Hasrina said...

macam kurus sikit. eh? tak..takkk

EeYda Sue said...

hahaha yeayy..
betul la tu as..=p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...