Assalamualaikum
Aduss berturut-turut post pasal makanan nih. Memang ramai pulak yang tegur asyik-asyik post gambar makanan dekat Facebook. Saya tidak bersalah, tidak!! Nak buat macam mana tiap kali terasa nak check-in ke upload photo ke update status ke, masa tu mesti tengah makan tak pun aktiviti yang terkini adalah makan & makan. Cess!! Memang sangat bersemangat untuk diet sekarang nih tapi hampa.
So lets forget about DIET!! Sebab nak post entry pasal makanan lagi nih, memang teruk!! Begini, ada haritu bawak balik laksa dari Melaka ke JB, angah yang buat. Intan kemain suka, siap teringat-ingat la teringin nak buatlah. Okay fine kita buat ye, tu yang planning dengan Intan nak buat laksa masa cuti Labour Day. Kebetulan pulak kak shuk ada lagi masa tuh, so bolehlah bagi depa makan. Ini memang 1st time & baru nak belajar buat laksa.
Tak tahu nak cakap ni laksa apa sebenarnya, sebab dia combination laksa penang & laksa johor. Kalau tengok kuah macam laksa johor kan, kalau tengok mee pulak kami guna mee laksa penang. So, namanya laksa bukit kempas.ahaks!! Sebab laksa ni dibuat kat bukit kempas, rumah kami walaupun resipi asalnya datang dari Melaka bandaraya bersejarah.
Masa 1st time makan kat rumah angah,aku pun rasa macam pelik tapi sedap. Rasa laksa nih pelik tapi slurpp sedap best. Macam mana nak cakap tak tahu lah, kena rasa sendiri kot. Takpe nanti aku bukak kedai laksa depan rumah, haihh macam-macam nak jual depan rumah.
Sambal belacan macam tak berapa nak menjadi sebab kami blend guna blender basah bukan blender kering tuh. Sepatutnya kena guna blender kering sebab nanti sambalnya tak berair. Tapi rasanya menjadi la jugak. Okaylah untuk 1st time masak kan.
Otak-otak kempas ni aku beli mentah-mentah dari kilang buat otak-otak. Sedap sangat, lagi tambah sedap bila bakar sendiri dekat rumah kan. Harga pun murah dari makan dekat kedai yang dah siap bakar tuh, jauh sangat beza harganya. Memang lepas nih kalau teringin nak makan otak-otak, pergi beli dekat kilang jela, tak payah makan dekat kedai dah.
Okay bye!!
No comments:
Post a Comment