Followers

Saturday, May 5, 2012

Steamboat @home


Assalamualaikum

Aktiviti membina lemak memang sangat seronok & beronok-ronok. Alang-alang kak shuk ada nih, kami plan nak makan steamboat lah tapi yang homemade punya. Nak jugak feel makan steamboat kat rumah sendiri, boleh makan sebanyak yang boleh sambil gosip-gosipan, ketawa mengilai-ngilai & tersandar kekenyangan. Memang syioklah feeling tuh sebab kalau kat kedai makan, kena control sikit kan. Tak boleh nak ketawa ngilai-ngilai, nanti orang pandang sambil cakap dalam hati "eh puntianak pun singgah makan kat sini ke". Tak boleh nak tersandar kekenyangan, lepas tuh sambung makan balik sebab malu perut macam tong sampah pun still nak sumbat makanan lagi.



Homemade tomyam okay, serahkan pada yang pakar. Des memang expert buat tomyam, so bagi dia buat sedap-sedap. Memang slurpp pedas menyengat tomyam nih.





Sedapnyer!! Telan air liuq tengok kerang & kupang nih.




Makan steamboat nih untuk dua hari kot. Ahad petang & malam, lepas tuh sambung makan lagi Isnin tengahari. Syok sangat sampai 2hari berturut-turut makan benda nih.

Okay bye!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...