Followers

Saturday, May 5, 2012

Bila Kak Shuk datang JB


Assalamualaikum


Sempena kak shuk datang jalan-jalan kat JB nih, kami satu rumah meraikan kedatangan kak shuk & kak nad. Memang dah lama rasanya tak jumpa kak shuk, bergosip-gosipan, melayan karenah kak shuk yang gedik dan perasan, kenakan kak shuk habis-habisan. Sabtu tu memang aku dah plan nak pergi wedding Fiqa, my officemate kat Pasir Gudang, so angkutlah semua yang ada kat rumah tu pergi. 



Rombongan mak jemah uolss!! Tengok muka kaki gosip je semua nih.



Afiqah & Fauzan
Selamat Pengantin Baru untuk korang berdua. 
Semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.



Lepas dah kenyang makan nasik minyak wedding Fiqa, kami nak pergi tengok wayang la cerita The Avengers tuh. Pergi ke JJ Tebrau tapi ramai giler orang & tengok sit tak best pulak. So, decide pergi wayang kat CS, tapi cerita tu tak berapa nak best sangatlah busan dan slow.

Dah tengok wayang perut dah lapaq balik lah, so pergi melantak satay Wak Radol kat tepi highway pasir gudang pulak. Dah kenyang balik rumah tidoq lah apa lagi kan, menternak lemak sebanyak yang boleh.huh!!

Ok bye!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...