Followers

Thursday, December 29, 2011

Terbang melayang


Apa lagi yang best terbang melayang-layang kalau bukan DUIT
Huh syiok woh dapat melayang-layangkan duit bagi pada orang
Berpinar-pinar mata
Menggegel-gegel tangan
Terketar-ketar jari
Terhenjut-henjut bahu
Aahhhhh over okay!!




Nah ni lah dia robot yang suka perabih duit aku. Manja sangat nih, semua nak minta tukar. Belum pakai seploh tahun lagi, boleh pensan aku layankan robot ni. Balik melaka haritu minta tukar bateri, hat ni minta tukarkan tayar pulak. Siap aku bagi pakej sekali, pasang sticker pada bonet depan. Tapi itu pun untuk menutup segala kecacatan robot ni jek, dah teruk cat tertanggal berlubang-lubang. 

Dah jangan buat hal eh sayang mucuk-mucuk, nak pakai kamu sampai reput nih. 


Monday, December 12, 2011

Seram den


Alamak aii..ni den lomah ni. Ingatkan aku je yang dengar tak pun berkhayal tak pun memang ada orang nangis masa tu. Bila buka je cerita hantu ni, terus seram naik bulu roma den. Baik-baik aku dah fikir yang memang ada orang nangis putus cinta masa tu, tiba-tiba opismate dok buka cerita ada orang nampak tutttt. Tuttt tula yang rambut panjang gerbang, pakai sut putih kotor-kotor sikit ada tanah, dok bertenggek dalam opis. wuarghhhh terus terdiam kelu. Apakah yang aku dengar jumaat lepas?? misteri nusantara betul. Memang opismate ni nampak benda tu bertenggek dalam opis, siap kacau-kacau dia lagi. Lepas dengar satu cerita, orang lain pulak buka cerita lain, kat surau pun ada. Alahai lemah lutot.

Huh!! nak pergi mana pun dah seram sekarang. Nak lalu tangga memang tak lah lepas ni, nak naik lif sorang-sorang pun baca doa banyak-banyak, nak pergi toilet pun check-check dulu, nak pergi surau pun ajak orang teman. Hadoi payah gini!!

Sunday, December 11, 2011

Pelik tapi sedap

Haa nak cerita sikit pasal makanan ni. Kalau cakap dekat kawan-kawan aku musti depa usha pelik. Memang la pelik sikit tapi sedaapp. 

Ni lah dia roti canai cicah asam pedassss. Perrghhhh memang slurppp lah. Roti canai tu tak kisah la nak roti kosong ke, roti telur ke, roti sardin ke, janji cicah dengan kuah asam pedas nih. Kalau tengah lapau, buleh belasah 2-3 keping. 

Bila duduk jb sekarang ni, selalu je mengidam nak makan roti canai cicah asam pedas tapi hampa. Memang tak tahu nak cari kat mana or memang takde ke? Yang ada tula roti canai mamak, diulang MAMAK!! huh busan sungguh, dah la tak jumpa kuah asam pedas, kuah dal ke kuah kari ke semua aku tak buleh telan. Tersiksa perutku.



Kalau balik melaka, memang wajib pergi melantak roti canai ni berkeping-keping sampai nak buat stok balik jb tapi simpan dalam perut. Buleh camtu?? hihik!!



Hat ni aku order asam pedas ikan pari, pekena dengan roti telur memang best tak terkata. Senyap tunduk je makan. Ada orang memang tak boleh masuk sangat makan roti canai dengan asam pedas ni. Yang tu aku tak boleh buat apa lah, dah tekak dieorang kan. Tapi aku memang hantu makan benda nih.

Friday, December 9, 2011

Berjimba @Sg.Melaka


Keseronokan berjimba bersambung lagi di Sg Melaka pula. Kali ni kami naik bot pusin sg.melaka Ni pun dah jadi aktiviti wajib kalau orang datang melaka, musti nak naik bot. Aku dah tak ingat yang ni kali ke berapa puluh aku naik bot ni. Jenuh jugak laa tiap kali orang datang melaka, aku pun kena naik bot sama. Nasib baik belum hafal lagi kaset pemandu pelancong tu.



Ramai betul orang kerumun kat situ, rupanya ada event by Uitm student. Entah apa ada dikir barat la, silat gayung la, eh?? Dah rasa macam kat pasar malam pun ada.





Ramai pelancong dari singapore kot. Cina apek tua-tua je yang naik bot tu. Eh yang ni apek sabah sesat kot..hihik!!


Layan perasaan ni..pantang naik bot ni sure nak layan emosi.hihi

Wednesday, December 7, 2011

Berjimba @Sunset


Kali ni balik melaka bawa 2orang tetamu istimewa, Intan & Mansur..ecehh istimewa la sangat kan. Macam tak biasa lak dieorang nih. Hari-hari dok ngadap muka korang gak. ahakss!!

Sampai pun dah petang, syok kalau melepak kat tepi pantai petang-petang camni kan. Pekena pulak Coconut Shake klebang, perghh memang slurrppp lah!! Intan kemain lagi, dari nak share je coconut shake tu, terus tukaq nak minum sensorang. Memang bestttt coconut shake die, perghhh sedap je sedut pastu kunyah-kunyah isi kelapa yang di blended tuh. Kecur-kecur air liuq sambil taip [ehh meleleh atas keyboard pulak.haishh]. Mau tak meleleh, cuba anda bayangkan, isi kelapa hingus tu di campur dengan air kelapa muda, eskrem vanilla dan ais. zreeeettttttttt bunyi blender tersebut. Kemudian, zruutttttt anda sedut masuk ke tekak, fuhhh sejuk je rasa perut..hihihi!!!



Alamak lupa pulak nak ambil gambar coconut shake tu, kalau ade buleh bikin leleh air liuq lagi nih. Time weekend kedai nih memang ramai orang, jalan sampai jem sebab kete parking tepi-tepi jalan. Kedai yang ni untuk tapau coconut shake jek, ada lagi kedai kat dalam sket untuk minum plak. Dah la harganya pun murah, RM 2.20 je untuk coconut shake special, memang berbaloi-baloi lah. Kemain panjang kena beratur nak beli coconut shake jek, bukan nak beli tiket wayang je kena beratur panjang-panjang.



Kami tapau je coconut shake tu, then minum kat tepi Pantai Puteri sambil menikmati sunset yang sangatlah cantep. Bahagia rasanya hidup nih dapat nikmati suasana tepi pantai petang-petang. 




Auuwwww jejaka sepi



Mula dah!! Aktiviti wajib kalau jumpa sunset tepi pantai, apa lagi kalau bukan posing lompat-lompat. Berlatarbelakangkan sunset yang sipi-sipi dah nak habis, kami redah jugak melompat keriangan..hihi syiokk uhh!!



Yeeehhaaaawww flying without wing









Okay. ada orang terlebih kuat disitu.






Tuesday, December 6, 2011

Wedding @ Melaka


Ayat pembuka kata macam yang dekat Entry ni jela ye..Malas nak taip banyak kali..hihihi 
Sambungan cerita wedding dari last entry, kali ni wedding @ Melaka pulak. Sorang kawan sekolah & sorang lagi kawan tempat keje sebelum ni. Dua2 pun wajib pergi.huh!!


Just kali ni nak pergi wedding punya la mencabar. Macam last 2week pergi wedding @ Mersing, kena redah hutan, bukit, gunung-ganang bagai. Tapi kali ni kena redah dugaan kete rosak pulak. Patutlah hati rasa tak sedap je hari sebelumnya. Alhamdullillah just bateri kete yang weak, sampai melaka terus tukar bateri baru. Pengalaman demi pengalaman. Satu per satu dugaan. Alhamdullillah aku bersyukur. Pengalaman mendewasakan.

Syukur dapat sampai Melaka dengan selamat walaupun lambat sikit pergi wedding. 


Wedding AISHAH & LUXMAN


Mula-mula pergi wedding kawan sekolah kat Pulai. Sampai-sampai majlis dah nak habis pun, dah tak ramai orang. Kami yang tersipu-sipu malu nak makan, orang lain dok tengok jek. haishhh tak dapat nak melantak makan nasi minyak banyak-banyak. Kenalah berlakon sopan-santun-mantun, makan pun sikit jek ala-ala diet giteww.


Wedding LIYANA & HELMI


Ni kawan tempat kerja lama. Sampai-sampai tengok pengantin karok, ecehh karok lagu sehati sejiwa giteww..hikhik!! Pengantin perempuan malu-malu tucin, suara pun macam tanak keluar jek, pengantin laki sempoi. Dapat dengar suara jiwang mereka.



  Pengantin nak keluar pergi outdoor photography dah. Tak sempat nak borak lama-lama, gosip-gosipan haishhh!! Cantek nye Liya. Gaun tu pun cantep!!



Lalalala suka hati..lalalala suka dapat door gift..


Anyway, buat pasangan pengantin baru Aishah&Luxman n Liyana&Helmi semoga korang bahagia hingga ke akhir hayat, selamat melalui alam perkahwinan & cepat-cepat dapat baby banyak-banyak.


Thursday, December 1, 2011

Wedding @ Mersing





Al-maklum bila mula je cuti sekolah, mulalah berlambak-lambak dapat kad kahwin [baru dapat 2 3 keping pun dah kira melambak-lambak tau..pheww]. Jenuh sebab kena attend semua. Semua adalah wajib hadir, bila tak dapat datang je, mulalah keluar ayat-ayat sedih dari pengantin baru. Sampai hati lah, kecik hati lah..hadoii!! Nanti korang, aku kahwin sape tak datang siap!! chewahh ugut nih. Ahad lepas attend kenduri kahwin akak kawan aku ni, selalu panggil dia Along jek. Nasib baik ingat nama pasangan pengantin nak letak kat gambar atas tuh. Entah betul ke tidak nama tu, kad jemputan tak tau p mana dah.



Sampai-sampai  terus duduk melepak, borak-borak dulu. Penat tau walaupun duduk je dalam kete tuh. 3jam jugak perjalanan yang berliku-liku, meredah hutan dan gunung-ganang..hado la sangat!! 



Dah habis berehat, masuk dalam cari pengantin. Pengantin perempuan tengah bermekap-mekapan. So, kami tercongok la duduk depan pelamin tu. Sambil-sambil tu berangan bilalah aku dapat naik pelamin jugak. erkkk!!



Bila dah busan tunggu pengantin tak sampai-sampai jugak. Kami pun mulakan lah sesi fotografi sendiri..hihihi. Tak dapat atas pelamin, depan pelamin pun jadilah. Ambil berkat orang tua-tua kata. 





Sesi tol, adat orang johor nih. Sebelum pengantin lelaki naik pelamin. Kena bayar tol dulu, tukang jaga tol nya hat yang kat depan-depan tulah. Cehh dah besar-besar pun dapat duit tol jugak.


 Sesi bergambar dengan pengantin pulak



Owh ini bakal pengantin. tettt!! Maybe sorang naik pelamin lain, sorang pelamin lain kot, dengan pasangan masing-masing. Practice make perfect giteeww..



Mana sah jenjalan kalau tak singgah menyinggah tempat yang menarik kan. Dah alang-alang kat Mersing, singgah kejap di Pantai Air Papan. Best jugak pantai nya, syiok kalau buat BBQ kat sini. Suasana pun okay dan selesa. 



Tuesday, November 8, 2011

Welc0me to the w0rld


Happy lalalalala...
Happy lalalalalaalalalala...
(ulang sukahati berapa kali nak ulang)





Welcome to the place called WORLD sayang


Tak sabar-sabar nak balik melaka bila tau si tecit ni dah lahir. Memang beriya-iya nak p hospital peluk baby, walaupun dah tau baby kena masuk incubator. Tapi pergi juga hospital tengok akak, tak dapat tengok baby lawat mummy nye jela. Alhamdullillah Muhammad Wafiy tak ada kena infection and buleh keluar hospital awal. 

Bila dapat je tau baby dah balik rumah, memang terus p serang rumah akak & serbu baby tengah tidur. Dengan anak-anak menakan semua dok keliling Wafiy ngadap dia tidur. Sorang usik kaki, sorang usik kepala, sorang usik pipi. Nak bagi dia bangun and buka mata, so that kami buleh agah-agah dia kasi senyum. Tapi hampa lah, Wafiy tidur dengan syiokk nya. Kalau jaga pun sebab nak menyusu, pastu tidur balik. Haishhh stresss jugak tunggu budak tecit ni bangun buka mata. 

Memang sepanjang weekend dok ngadap budak tecit ni jelah. Dapat peluk, cium dia..Fuhh best betul. Bila nak dapat peluk anak sendiri nih..ahakss!! Besok dah 7 orang anak sendiri, pegang pun tanak agaknya. Eh tujuh ke, hado la sangat. 

Hadiah untuk budak tecit ni, aku share dengan akak bagi buaian letrik. Ingatkan nak bagi buaian sangkut dekat pokok jek, senang sikit. Tapi jaman dah moden kan, ibunya pun dah malas nk enjut manual.


Monday, October 31, 2011

Barbeque vs B***kau


Ni entry bengang vs bangang. hakhak!! Macam sensored je tajuk entry nih ish ish ish. pheeewww!! Lama dok tenung tajuk entry tu, dalam hati berkata-kata. Buleh ke tak nih, macam tak elok jek, nanti orang yang baca kata apa pulak. Susah lah hidup kalau nak fikir apa orang akan kata, buat apa pun orang akan kata. Buat baik pun kata, buat jahat pun kata. Emosi!! Emosi!!

Ini semua emosi lantaran kes kena halau masa tengah berpiknik haritu. Masuk pantai pun kena bayar?? what the fish!! eh pantai tu engkau buat ke? pasir, air laut tu engkau beli ke? bukan engkau pun pinjam ke. Adeii!! Ok fine, bayaran tuh untuk parking kereta yang sangat "cantik" atas batu-batu, lecak-lecak. Memang teruk lah!! 

Tak cukup dengan emosi pasal tuh. Kejap-kejap guard datang tanya nak bermalam ke tak, "kalau bermalam dah kira lain nih, satu kepala rm10.00". Umang aiiii. Kalau nak bermalam baik aku check in masuk resort terus, apa kes nak tido atas pasir pulak. Datang lagi guard lain pulak "dah siap kemas belum??" teriak lagi dengan suara menghalau pulak. Baiklah kami mengundurkan diri sebelum kena halau macam anjing plak. Baiklah aku takkan datang sini lagi. Sungguh menyesal. Maybe timing kami tak kena dengan rules kat situ. Sebab tak pernah lagi pergi pantai ada rules macam tuh. Ingat tempat tu 5star sangat ke. huh!! bikin panas lah!!

----------------------------------------------

Okay dah puas lepaskan amarah dekat rules pantai tersebut. Nak story pasal bbq kami haritu lah. Baru seronok sket nak story mory. Set tempat bakar bbq tu mansur bawa, so senang sket nak membakar, tak lah kena cari batu & jaring untuk buat tempat bakar. Kami yang gegirls buat bahan makanan untuk dibakar i.e. ayam, hotdog, ikan, etc. 



Semangat Des & Mansur nak hidupkan api pada arang. Ni orang-orang kuat di sebalik tabir aktiviti bakar-membakar. Kami just duduk-makan-tunggu-makan-tunggu-makan. Teruk betul lah!!



Okay ni sangat kesian.Nak pasang lampu untuk suluh tempat bakar tu sampai kena panjat-memanjat. Tempatnya gelap gulita, nasib baik ada bawa lampu sendiri. Makan pun dalam gelap, main bedal je ayam hangus ke hitam ke, belasah!! Janji sedaaappp..



Nyummmmyy. Terliuq tengok ayam tu. 



Penuh satu tikar yang tak berapa nak besar tu. Tapi besttt!!



Sorang tukang bakar sorang lagi tukang suluh. Adeiii sadis!!








p/s: next time kita pergi pantai yang tak ada rules lah ye. Serik sungguh!!

Desaru


Rindu nak melepak dekat pantai berangin sempoi-sempoi bahasa. Kalau melaka banyak pantai yang buleh pergi dekat-dekat jek. Tapi johor susah, nak cari pantai menarik yang ada pasir putih tepi pantai kenalah pergi jauh sket ke Desaru, Mersing..mana lagi?? aku tak tahu sangat.hihi!! So, desaru lah destinasi yang paling dekat dengan johor bahru nih. 


Memang syiook dapat lepak-lepak tepi pantai sambil chit-chat a.k.a gossiping dengan bff sekalian. Bentang tikar mengkuang, eh salah tikar plastik jek yang muat-muat letak punggung besar kami berempat. Bila tambah jejaka J lagi tiga orang dah tak muat & terpaksa kecikkan punggung masing-masing. Makan bekalan piknik iaitu bihun goreng tak sedap yang aku masak, aku masak okay. Sebab tula tak sedap, huh stresssss!! 


Bila perut dah kenyang makan bihun tak sedap tadi, baru lah pergi jalan-jalan ke pantai sambil bawak camera yang dah sebulan tak sentuh simpan elok-elok bawah katil. Konon-konon nak ambil gambar hebat macam pro photog. Adeiii tapi kecundang sebab bakat memang dah sah takde, dah tu skill pulak dah tumpul. Setting dah lupe, memang sengal minta penampo kau nih kan. 


Dah lah penat perah idea tulis ayat tiga perenggan kat atas ni. huh!! peluh2 ketiak nih!! Dah layan gambar jela..


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...