Lepas 2 tahun planning nak holiday dengan kamu-kamu semua. Baru la ni betul2 menjadi. Itupun sangat diragukan sampai la the time's come. Planning in silent betul nih sampai nak bincang pun takut2. Takut tak menjadi lagi. Tapi akhirnya menjadi juga sebab nekad je apa nak jadi jadi la. Asalkan dapat pergi.
We heading to Cameron on friday's nite from Melaka. Sampai cameron almost 4am in damn freezing air. Check in hotel a.k.a. masjid @ Tanah Rata. Dapatlah tidur dalam sejam pastu dah kena kejut dengan orang masjid. Dah la tidur dalam menggigil kesejukan dan tak sanggup nak mandi dengan air ala2 ais cair tu. Sanggup sembur minyak wangi sebotol seluruh badan.
Start jelajah dengan having breakfast @ stall dengan mulut keluar asap2. Wah sangat bangga bila bercakap keluar asap kepul2 macam dekat oversea la. Sebab tak tahu sangat tempat apa yang best kat situ, then kami beli map dengan harga AMPAT RINGGIT. Letak bookmarks kat tempat yang nak redah and start dari bawah. From Kuala Kerla, we heading up to Tanah Rata. Stop at every point place yang menarik2 macam Cameron Valley Tea House, EQ Strawberry Farm, etc *sila lihat gambar2 menarik yang di attached.
Ni la tempat kami tidur sejam, gosok gigi, basuh muka & solat. Hotel ni jela yang kami mampu afford pun. *sentimental plak
Tempat 1st pergi * Cameron Valley Tea House. Sangat cantik tempat nya. Just tak dapat tengok orang petik daun teh. Sebab pagi sangat lagi kot. Mat2 bangla baru bangun & jadi penonton kami tonggang tonggek berposing. cesss
Then ke Rose Valley pulak. Nak masuk kena bayar rm4 adult. Tapi memang berbaloi2 dapat masuk kat sini. Dalam nya menarik, macam2 jenis bunga ada walaupun aku taktau apa nama bunga2 tersebut *sebab tak minat bunga. Be remind takleh petik bunga kat dalam ni and kami dengan takutnya mengikut arahan *tsk tsk tsk
Bunga-bungaan segar kat sini. Bau wangi
Lepas dah penat merayau dalam nih. Duduk rehat jap. Pasni nak sambung next point plak.
Kesian patung tu di jolok hidung *asalkan buleh
Buaian ni best macam tanak bangun jek.
Nak buai laju2 sampai pokok sena apa dalam baju tetttt!!!!
Next stop. EQ Strawberry Farm. Best sebab dapat petik strawberries sendiri. Bayar rm20 untuk 1/2kg strawberries segar bugar.
Walaupun dah be reminded takleh makan kat dalam farm. Kami memang degil dan nak jugak nk jugak *sambil hentak2 kaki >okay tipu. Tak kira kami belasah jugak entah berapa biji dengan terror nya cover line nak bagi pekerja depa tak nampak. 2 3biji masuk mulut, 1biji letak atas bekas untuk bawa keluar. pandai kan!!
After that pergi Cactus Point. Kena beli souvenier untuk para ofismate ku. Depa da pesan nak cactus cantek2. Jenuh gak nak memilih sebab banyak sangat pilihan yang cantik menarik terbeli.
Last place before heading to Ipoh. Apa lagi yang best kalau tak shopping souvenier kat pasar ni. Memang syiok tengok macam2 jenis sayur, buah, keychain, bantal strawberry,etc. Sampai biji mata keluar simbol duit*duit*duit!! haishh datang sini kena bawak duit berkarung baru puas hati dapat shopping sambil bawak troli mydin *eh..