Followers

Tuesday, April 17, 2012

Universal Studio Singapore~the teaser


Assalamualaikum



Akhirnya dapat jugak pergi USS nih, jenuh jugak arrange & plan benda ni sorang2. Bukan kerja yang senanglah, macam nak taubat dari buat planning macam nih. Rasa macam event tak berjaya pun ada sebab planning macam ramai yang nak join tapi sampai masa tinggal 4orang jek.huh hampa!! Tapi kami semua gagahkan jugak redah pergi USS nih walaupun tak cukup korum.


Dah lama jugak planning benda nih, tapi 2minggu sebelum baru serius aku carik info semua. So, sesiapa yang ada planning nak pergi USS nih dengan small budget, senang jek. Nak kurang belanja, pergilah on weekdays sebab tiket masuk USS murah sikit dari weekends. Kalau weekends $74, weekdays $68. Jimat dah kat situ. 


Okay transport nak ke USS pulak, kami naik bus jek senang tak payah fikir pasal nak cari jalan, sesat-mesat, bayar parking, etc. Ada Travel Group 707 untuk tiket 2ways jb-uss&uss-jb RM15.00, boleh beli tiket kat kaunter tiket @Larkin. Ada Odyssey Coach 2ways RM25.00, boleh beli tiket kat Tune Hotel JB. Okay kalau nak beli tiket kat Travel Group 707, bus dia ada pukul 9.00am, 10.00am, 11.00am, 12.00pm, 3.00pm & 4.00pm untuk jb-uss. Uss-jb pulak 7.30pm, 8.30pm & 9.30pm. Nanti lepas dah puas main, tak larat nak jalan dah, tunggu jek kat tempat bus turunkan masa pergi tuh. Ada lah bus datang ambil & bawak korang balik.


Tiket masuk USS pulak, ada banyak cara jugak nak beli. Boleh beli online, beli di kaunter tiket Travel Group 707 & Tune Hotel JB. Aku beli tiket online jek, senang, mudah & pantas.hikhik!! Nanti bila dah purchase, akan dapat confirmation email & ticket online nih (gambar kat bawah). Tiket nih boleh guna direct bila nak masuk ke USS, just scan barcode dekat pintu masuk USS. 


Aku tukar duit MYR --> SGD just $30 jek.hahaha sangat berjimat kan!! Sebab bajet nak pakai untuk makan minum kat sana jek. Bukan untuk beli souvenier. Itupun aku just guna $11 jek, lebih $19 aku tukar balik MYR, almaklum tengah sesak.hukhuk!! So, kalau sesiapa nak soping souvenier kenalah tukar SGD lebih sikit, boleh la beli satu set roller coaster transformer tuh letak kat rumah sebab bestttttt sangat, esp. yang Human (kaler biru). Aduh memang tak puas main rides kat sana, memang harus pergi lagi lepas nih.




The teaser

Gambar nih sepatutnya cantik tapi pekerja USS yang ambilkan nih menggigil tangan pulak.huhu keciwa sebab gambar nih ada satu nih jek. Seriau kalau gambar tak jadi ke, gambar hilang ke sebab nak dapatkan gambar nih punyalah susah. 



Malasnya nak upload gambar-gambar lain, huh!! Nanti free sambung upload gambar selebihnya semasa berjimba @USS.


2 comments:

Afraliza Yusof said...

mujur u tak delete pic ni...xpalah gegar pun gegarlah as long ada prove..BUKTI ITU PENTING!!!

EeYda Sue said...

ishh takleh delete..ni je satu2nya pic yg ade..gegar2 pn xpe..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...