Followers

Monday, October 31, 2011

Barbeque vs B***kau


Ni entry bengang vs bangang. hakhak!! Macam sensored je tajuk entry nih ish ish ish. pheeewww!! Lama dok tenung tajuk entry tu, dalam hati berkata-kata. Buleh ke tak nih, macam tak elok jek, nanti orang yang baca kata apa pulak. Susah lah hidup kalau nak fikir apa orang akan kata, buat apa pun orang akan kata. Buat baik pun kata, buat jahat pun kata. Emosi!! Emosi!!

Ini semua emosi lantaran kes kena halau masa tengah berpiknik haritu. Masuk pantai pun kena bayar?? what the fish!! eh pantai tu engkau buat ke? pasir, air laut tu engkau beli ke? bukan engkau pun pinjam ke. Adeii!! Ok fine, bayaran tuh untuk parking kereta yang sangat "cantik" atas batu-batu, lecak-lecak. Memang teruk lah!! 

Tak cukup dengan emosi pasal tuh. Kejap-kejap guard datang tanya nak bermalam ke tak, "kalau bermalam dah kira lain nih, satu kepala rm10.00". Umang aiiii. Kalau nak bermalam baik aku check in masuk resort terus, apa kes nak tido atas pasir pulak. Datang lagi guard lain pulak "dah siap kemas belum??" teriak lagi dengan suara menghalau pulak. Baiklah kami mengundurkan diri sebelum kena halau macam anjing plak. Baiklah aku takkan datang sini lagi. Sungguh menyesal. Maybe timing kami tak kena dengan rules kat situ. Sebab tak pernah lagi pergi pantai ada rules macam tuh. Ingat tempat tu 5star sangat ke. huh!! bikin panas lah!!

----------------------------------------------

Okay dah puas lepaskan amarah dekat rules pantai tersebut. Nak story pasal bbq kami haritu lah. Baru seronok sket nak story mory. Set tempat bakar bbq tu mansur bawa, so senang sket nak membakar, tak lah kena cari batu & jaring untuk buat tempat bakar. Kami yang gegirls buat bahan makanan untuk dibakar i.e. ayam, hotdog, ikan, etc. 



Semangat Des & Mansur nak hidupkan api pada arang. Ni orang-orang kuat di sebalik tabir aktiviti bakar-membakar. Kami just duduk-makan-tunggu-makan-tunggu-makan. Teruk betul lah!!



Okay ni sangat kesian.Nak pasang lampu untuk suluh tempat bakar tu sampai kena panjat-memanjat. Tempatnya gelap gulita, nasib baik ada bawa lampu sendiri. Makan pun dalam gelap, main bedal je ayam hangus ke hitam ke, belasah!! Janji sedaaappp..



Nyummmmyy. Terliuq tengok ayam tu. 



Penuh satu tikar yang tak berapa nak besar tu. Tapi besttt!!



Sorang tukang bakar sorang lagi tukang suluh. Adeiii sadis!!








p/s: next time kita pergi pantai yang tak ada rules lah ye. Serik sungguh!!

1 comment:

Afraliza Yusof said...

wahhhh...sonoknye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...