Followers

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri


Alahai lama nya tak update blog and lepas ni pun akan jarang2 dapat update blog ku ini. Macam2 hal tak diduga, tak tersangka, tak diundang yang jadi sepanjang ramadhan ni. Ni lah ramadhan paling mencabar yang pernah aku lalui. Benda yang mengubah hidup aku yang selama ni normal jek. Sekarang lebih mencabar kesabaran dan keikhlasan. Memang mampu REDHA jek dengan semua yang berlaku. 

Eh actually nak wish 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 

kepada semua bloggers, facebookers, etc.. 
Semoga di hari raya ini semua bergumbira dan mendapat rahmatNya..

Saya ingin menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon ampun dan maaf sekiranya ada TERsalah kata, TERkasar bahasa, TERkurang ajar, TERkurang hormat, TERlebih makan orang lain punye makanan-minta halal ye, TERlupa bayar hutang, dan semua TER @ yang tak TER..

Walaupun feeling nak raya tu dah lama hilang tapi raya tetap raya kan. All i want to do now is just go with the flow. 



Saturday, August 6, 2011

Gud Luck


Wishing luck for my sis and her husband
For the opening of HOTSPOT Cafe today


Picture taken while pre-opening of the cafe

psst: Customers always right. Senyum sokmo deh =)

Percaya Padaku




Aku tak tahu apa yang kurasakan 
Dalam hatiku saat pertama kali 
Lihat dirimu melihatmu 

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu 
Detak jantungku berdetak tak menentu 
Sepertinya aku tak ingin berlalu

[*] 
Berikan cintamu juga sayangmu 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 

[**] 
Ku berikan cintaku juga sayangku 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 
Saat ku tahu kau akan pergi jauh

Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu 
Untuk katakan ku ingin dirimu 
Agar kau tahu betapa ku terlalu 
Mencintaimu aku akan menunggu 
Hingga dirimu kembali untukku

Back to [*][**] 

Tolonglah aku bagaimana diriku 
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu 
Dalam hatiku ku cinta padamu 

Back to [*][**] 
Back to [*]

Friday, August 5, 2011

Dugaan.Dugaan.


Kenapa? kenapa? kenapa tetiba rasa macam2 benda yang jadi. Benda yang tak best plak tuh. Benda yang buat rasa macam down giler. Aduh duh!!

Meh nak listkan benda yang berserabut dalam kepala nih. Walaupun tak sebesar masalah yang korang korang dan korang hadapi. Tapi terasa nak listkan jugak dalam nih. tak kira tak kira nak jugak!!


1) Saman parking polis trafik yang tak setel2 lagik. Pergi balai polis ingat nak setelkan & mintak diskaun tapi da tutup la pulak. Penat je pergi jengah balai polis macam orang bersalah nak kena hukuman gantung. cesss

2) Baby MBU ku buat hal masa kat Sepang. Hos minyak gear pecah pulak. Nasib baik tak sempat melarat ke gearbox. Itu pun da melarikan bajet ku untuk bulan ni. Terpaksa kurangkan pergi bazar ramadhan, sebab makanan yang jual kat bazar kemain mahal lagi. Kalau tak habis rm10 tak sah. Itu baru beli makanan untuk diri sendiri. Tak leh bayangkan orang yang anak tujuh. Adoi macam mana nak ada anak 7orang nih.

3) Baby MBU ku buat hal lagi. Entah kenapa the whole body MBU macam kena campak plak, macam berpasir jek. Dah masuk snow wash pun tanak hilang gak. Nak minta keluar duit lagi la ni. Hai la mbu.

4) Susah hati. Dah dapat LO tapi taktau lagi location kat mana. Tak mau fikir tapi fikiran tu datang jugak. Tak mau KL tak mau tak mau. Biar lah tempat lain, selain KL tak suke tak suke tak suke

5) Kenapa rasa bulan puasa ni kerja macam banyak jek. Macam banyak sangat, tak dan nak bersosial/bergosip/berchating secara online. Kerjanya duduk bangun duduk bangun, dah la tak bertenaga. Weekend ni baru dapat nak rasa rehat betul2. Itupun senin kena pergi JB attend meeting. huarghhh penat!!


6) Tetiba dapat mesej dari tailor yang buat baju raya a.k.a my sis kata dia dah salah potong baju raya ku. Owhh tidak baju raya kuuuu. mana nak ku cari ganti secantik mu. Adooi masalah tuh, jenuh nak cari baju lain pulak. Punya la susah memilih baju raya masa kat Tangkak, at last kena cari lagi ke.. tidak!! tidak!!

Sekian huraian masalah yang tak seberapa nak besau macam masalah korang korang dan korang. But its disturbing my mind enough & me very don't like it.


Terpaksa memaksa diri untuk senyum

Thursday, August 4, 2011

Model ke??


Suatu petang yang indah dengan deruan ombak di pantai ketika mentari sedang menghilang di balik awan gelap. chewahh!! ayat puitis nak mampus plak dah. Adoi apa benda den ngarut ni hah. 

Layan lah gambar photoshoot model yang tak berapa nak model ni. Macam kejang je masing2, jenuh nak soh posing. haishh!!

























Wednesday, August 3, 2011

HotSpot


Hotspot a.k.a. titik panas..phewww (sambil lap peluh sebab panas sangat)
That's not the only Hotspot means. Its mean a lot to us anyway. Its the HOTSPOT NASI BERIANI. Meh nak promote sket. Okay sket jek. The rest let the pictures do the talking.

Ramadhan tahun ni dapat jugak join my sis niaga @ bazar walaupun tahun lepas tak menyempat nak join. Never had that experience before, and it was very fantastic. 

"Bang, nasi beriani bang. Ayam ada, daging ada, kambing ada." Eh masih tergiang2 opening speech kak kin tu.ahakss!! Yang tu baru opening. Nanti lepas customer dah beli akan dengar plak closing speech nyer. "Terima kasih, datang lagi, selamat berbuka" Ha tudia opening & closing speech pakar jual menjual nih.

Pic taken on 2nd day of fasting. 1st day niaga tak berani nak keluarkan camera pun. Orang2 sana macam pherakk sket tengok kami. haishhh!! Dah la ceq ni pemalu orang nyer. Boleh camtu?


Mari-mari beli nasi beriani kami. Ada beran?? 

Tudia depa dah mula posing dah. Pastu dah tak leh nak stop dah. Asyik mintak amek kan gambau jek. Jenuh ni layan kan. Eh?



Bazar Ramadhan Sungai Pelek. Eh betul ke ejaan Sg Pelek tu?memang pelik la..


Chewahh posing sakan noh


Eh eh ada jugak gambar daku rupanyer. Walaupun just penyebok je kat situ. Tokeh la katakan.



Yeeehaaawww.. LICIN beb..

Hamboi kemain sukanyer dua2. senyum sampai telinga. Tula keseronokan bila dapat jual habis suma Nasi Beriani. Gud luck guys, keep it up. Go go go Papago..erkkk!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...